Profil Sekolah

Sejarah Al-Irshad

Pusat Pendidikan Al-Irshad wujud semenjak 58 tahun lalu di tahun 1950 menumpang di Bangunan Pengakap (Scout Camp British) Ladang Guthrie Labu untuk kelas mengaji Quran dan Ilmu Fardhu Ain.

Dihadiahkan tanah yang sedia ada oleh pengurus ladang Mr Heading untuk pendidikan agama pada tahun 1958 berikutan bilangan pelajar meningkat hampir 50 orang.

Pada 1960 dua bangunan baru dibina menggantikan pondok dari atap nipah dan buluh melalui inisiatif kerajaan persekutuan dan dikelola oleh Jabatan Ugama Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri dirasmikan oleh Tun Abd Razak Husin sebagai Menteri Pelajaran ketika itu.

Beroperasi sebagai sekolah menengah rendah agama (tingkatan 1-3) memuatkan 60-120 pelajar dengan 5 orang guru termasuk guru besar. Dari tahun 1962 hingga 1998 beroperasi dengan nama Sekolah Menengah Rendah Agama Labu Batu 10.

 

Matlamat Al-Irshad

Mengisi jiwa generasi bangsa dalam bidang pendidikan agama dan serendah bidang hingga ke tahap bidang ilmu yang tertinggi.

 

Hubungi Kami

Pusat Pendidikan Al Irshad,

KM15 (Batu 10), Jalan Labu Seremban, 71900 Labu, Negeri Sembilan.

Tel: 06-7911141

Sumbangan / Wakaf

irsyad-sumbangan

Kami mengalu-alukan sebarang Infaq /Wakaf/ Sumbangan dari Tuan Puan untuk dana pembangunan sekolah. 

Salurkan ke : BIMB 5058010003417 PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD