PENDAFTARAN SESI 2016

Kemasukan pelajar bagi sesi 2016 masih dibuka. ianya juga telah membuka pendaftaran kepada pelajar muslimah bagi sesi ini dan akan ditempatkan di asrama yang telah ditetapkan

Tadika Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad

 

Tadika Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad pada awalnya dinamakan TASKI Anak Soleh Al-Irshad dan telah bermula semenjak 2002 lalu di bawah pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Irshad Batu 10 Labu Negeri Sembilan.Beroperasi di bangunan sendiri di atas tanah waqaf MAINS kini melalui zaman dan status pendidikan yang selaras dengan dasar pendidikan negara.Dasar utama pendidikan TASC adalah didikan yang menggabungkan ilmiah,amaliah dan rohaniah berasaskan agama Islam dan budaya Melayu yang terpuji.

Kecemerlangan yang diterapkan ialah terbukti pada akhlak para pelajar dan penguasaan ilmu yang dicurah lebih awal berbanding pelajar di premis tadika lain.

Nama : Tadika Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad

Premis : Bangunan ini terletak di Pusat Pendidikan Al-irshad ,KM 15 Jalan Labu,Negeri Sembilan.

Kemudahan : 3 Kelas, 1 bilik komputer

Hak milik tanah : Waqaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Hak milik premis : Pusat Pendidikan Al-Irshad

 

Maahad Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad (MATQIA)

 

Program Tahfiz Al-Quran kelolaan Pusat Pendidikan Al-Irshad pada peringkat awal 2008 diwujudkan secara bermusim di musim sekolah dan seterusnya menjadi agenda harian untuk pelajar Sekolah Agama Rakyat sehinggalah menjelang 2010 program ini dipertingkat sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad (MATQIA) .Al-Irshad berusaha menyediakan pelajar yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agama, bangsa dan negara samada dalam pengetahuan ilmu Al-Quran dan akademik beserta kemahiran teknologi maklumat.

Sekolah Rendah Tahfiz Al-Quran Integrasi Al-Irshad (SERTAQIA)

 

Program Sekolah Rendah Tahfiz Al-quran Integrasi Al-Irshad kelolaan Pusat Pendidikan Al-Irshad pada peringkat awal 2011 diwujudkan secara bermusim di musim sekolah dan seterusnya menjadi agenda harian untuk pelajar Sekolah Agama Rakyat sehinggalah menjelang 2012 kerana permintaan orang ramai sebagai pendidikan awal sebelum memasuki pendidikan rendah KBSM.SERTAQIA berusha menyediakan pelajar yang berumur 6 ke 7 tahun yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agama, bangsa dan Negara samaada pengetahuan ilmu al-quran dan beserta kemahiran teknologi maklumat.

Hubungi Kami

KM 15 BATU 10 Jalan Labu ,
71900 Labu New Village, Negeri Sembilan, Malaysia.

Phone 06-791 1141
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website http://pusatpendidikanalirshad.blogspot.com

PENGURUS AL-IRSHAD: USTAZ SHAIFUDIN BIN MAULUP (013-3991359) 

GURU BESAR SAR AL-IRSHAD: (0193301359) 

More Articles ...

Hubungi Kami

Pusat Pendidikan Al Irshad,

KM15 (Batu 10), Jalan Labu Seremban, 71900 Labu, Negeri Sembilan.

Tel: 06-7911141

Sumbangan / Wakaf

irsyad-sumbangan

Kami mengalu-alukan sebarang Infaq /Wakaf/ Sumbangan dari Tuan Puan untuk dana pembangunan sekolah. 

Salurkan ke : BIMB 5058010003417 PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD